'Pak Ngah' hanya muncul dua kali seminggu lepas ni...

Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar hero Malaysia atau 'Pak Ngah' oleh rakyat Malaysia selepas memainkan peranan besar kepada negara ketika berdepan krisis koronavirus (Covid-19), hanya akan muncul di televisyen dua kali seminggu bermula esok.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, perubahan itu berikutan perkembangan positif berkaitan wabak itu di negara ini.

"Sidang media akan datang diadakan setiap Isnin dan Khamis sahaja.

"Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan akan dikeluarkan setiap hari mulai jam 5 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Melalui perubahan itu, sidang akhbar hari ini menjadi penutup tirai kepada sidang akhbar harian yang diadakan setiap hari dan disiarkan secara langsung di televisyen dan rangkaian media sosial sejak lebih tiga bulan lalu.

Ketika tempoh itu, Dr Noor Hisham yang dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) hanya sekali tidak muncul di televisyen iaitu pada 9 Mei lalu kerana beliau dan pasukannya diberi cuti sehari.

Dr Noor Hisham bekerja tanpa henti sejak Disember tahun lalu dalam respons dan kesiapsiagaan menghadapi penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: