X

Kindly register in order to view this article
!

Pasar pagi, malam Sabak Bernam mulai 19 Jun

Maklumat berhubung pembukaan semula pasar pagi dan malam di Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam hari ini.
A
A

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memutuskan pembukaan pasar pagi dan pasar malam akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 19 Jun ini.

Melalui kenyataan dimuat naik di laman rasmi Facebook MDSB, pasar pagi dan malam dijangka mula beroperasi pada 19 dan 20 Jun ini di Sabak manakala di Sungai Besar dan Sekinchan pula pada 23 dan 24 Jun ini.

"Bagi memudahkan semua peniaga, meja pendaftaran akan dibuka di setiap lokasi pasar pagi dan malam.

"Nombor petak perniagaan juga akan diberikan sebelum peniaga memulakan operasi perniagaan," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Selangor memutuskan pembukaan semula perniagaan pasar pagi, pasar malam dan bazaria secara berperingkat di lokasi terpilih bermula 15 Jun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, keputusan itu dibuat selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 7 Jun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!