Saya dah serah borang sertai PKR: Ezam

Mohamad Ezam ketika menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Hulu Kinta, Taman Tanjung Rambutan, Tanjung Rambutan semalam.
Mohamad Ezam ketika menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Hulu Kinta, Taman Tanjung Rambutan, Tanjung Rambutan semalam.
A
A
A

IPOH - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor mengesahkan sudah menghantar borang untuk menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, borang yang dihantar pada awal Ramadan lalu sudah pun dalam pengetahuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang diproses.

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas saranan rakan-rakan dan pimpinan PKR sendiri untuk membantu parti itu.

"Komitmen saya adalah untuk memadamkan serangan-serangan kecil mengganggu perjalanan PKR dan saya memilih untuk kembali ke Petaling Jaya kerana di situlah bermula sumpah keramat parti iaitu di Taman Medan.

"Saya harap ia akan memberikan kesan kepada teman-teman di Selangor untuk kembali bangkit," katanya ketika berucap menyempurnakan Pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Taman Tanjung Rambutan, Tanjung Rambutan di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Ezam mengakui tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar PKR memberi kesan kepada parti.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Sementa umum keluar PKR

Menurutnya, bagaimanapun beliau berikrar akan membantu memperkukuhkan PKR Selangor.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, kerajaan Selangor perlu dipertahankan kerana ia merupakan tonggak penting kepada parti.

Mohamad Ezam sebelum ini pernah menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai PKR selepas mendapat permintaan daripada ahli akar umbi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezam umum mahu kembali sertai PKR