X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Berat naik 102 kilogram gara-gara lockdown

Zhou dibantu beberapa kakitangan Zhongnan Hospital of Wuhan University ketika pemeriksaan dilakukan ke atasnya. - FOTO: AGENSI
A
A

WUHAN - Gara-gara tidak keluar rumah kerana mahu mengelakkan jangkitan koronavirus (Covid-19), seorang lelaki di Wuhan, wilayah Hubei, China dilaporkan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 102 kilogram dalam tempoh lima bulan.

Lelaki dikenali sebagai Zhou itu terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans pada awal bulan lalu selepas dia jatuh sakit akibat berat badan meningkat secara mendadak dan kini mencecah 297 kilogram.

Zhou yang bekerja di sebuah kafe internet mula duduk di rumah sejak langkah lockdown dilaksanakan pada akhir Januari hingga 8 April lalu.

Rakaman yang dikeluarkan Zhongnan Hospital of Wuhan University menunjukkan beberapa kakitangan perubatan memeriksa Zhou sejurus dia dimasukkan ke hospital pada 1 Jun lalu.

Lelaki tersebut dipercayai bergelut dengan masalah berat badan dan pernah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah itu.

Dalam perkembangan lain, balu kepada Dr Li Wenliang yang didakwa menjadi pembocor maklumat tentang virus Covid-19 dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki semalam kira-kira empat bulan selepas beliau meninggal dunia.

“Saya akan menyayangi dan menjaga 'hadiah terakhir' yang anda berikan ini,” kata Fu Xuejie menerusi aplikasi WeChat. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!