Anggota tentera maut kemalangan

Motosikal yang dinaiki mangsa di tempat kejadian
Motosikal yang dinaiki mangsa di tempat kejadian
A
A
A

MACHANG - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan di Simpang Batu 30, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Wan Mohamad Asraf Wan Ahmad, 22 yang beralamat di Kampung Karang Banggu, Kota Bharu meninggal dunia di Hospital Machang selepas empat jam menerima rawatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, kejadian yang berlaku di Kilometer 47 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pada jam 6.30 petang itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Katanya, Wan Mohamad Asraf yang bertugas di Kem Senawang, Negeri Sembilan dipercayai dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai sebelum terlanggar sebuah kereta dari arah sama yang membelok ke kanan jalan.

Tambahnya, mangsa yang cedera parah di hantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia pada jam 10.30 malam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mangsa difahamkan dalam perjalanan ke tempat bertugas selepas pulang bercuti di kampungnya di Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: