Wanita maut tercampak sebelum dilanggar kereta lain

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk selepas terlibat kemalangan.
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk selepas terlibat kemalangan.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaikinya yang terbabas sebelum dilanggar kenderaan lain dalam kejadian di kilometer 426 Lebuh Raya Utara Selatan, Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarruddin berkata, dalam kemalangan berlaku jam 1.06 pagi itu, mangsa maut, Siti Khadijah Ab Rahim, 33, bersama suami dan anaknya menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

"Kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang tengah jalan raya.

"Wanita berkenaan tercampak keluar dari kenderaan dan dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga FLX," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

"Suaminya, Aung Lin Tun, 33, dan anaknya Humaira yang berusia empat tahun telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: