Empat nelayan ditemui selamat

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SEBERANG PERAI SELATAN - Empat nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam ditemui selamat kira-kira jam 5 petang tadi.

Kesemua mangsa dijumpai di 14.7 batu nautika dari Barat Laut Pulau Kendi oleh bot nelayan tempatan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pusat operasi menerima maklumat memaklumkan sebuah bot nelayan kelas C menemui bot bersama empat mangsa.

Menurutnya, kesemua mangsa yang selamat tanpa mengalami kecederaan dibawa dan tiba di Jeti Sungai Udang pada jam 8 malam tadi.

"Tekong, Beh Poh Keat, 49; anaknya, Beh Jong Liang, 23, Teoh Keh Gnju, 58 dan Poh Ah Ang, 54 ditemui selamat petang tadi. Kesemua mereka warga tempatan dibawa ke Jeti Sungai Udang.

"Susulan daripada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada jam 8.30 malam," katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu, seorang tekong dan tiga awak-awak dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki karam di Pulau Kendi Tengah di sini, jam 12.50 tengah hari tadi.

Bot fiber tersebut dipercayai karam di kedudukan 14.3 batu nautika Barat Pulau Kendi di sini.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka merupakan nelayan dari Pangkalan Sungai Udang yang mana, bot dinaiki dipercayai dipukul ombak kuat sebelum karam.

Sebelum kejadian, salah seorang daripada mangsa telah meminta bantuan daripada adiknya melalui aplikasi WeChat.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat nelayan dikhuatiri hilang