Empat nelayan dikhuatiri hilang

Lokasi yang dipercayai bot fiber yang dinaiki mangsa karam.
Lokasi yang dipercayai bot fiber yang dinaiki mangsa karam.
A
A
A

SEBERANG PERAI SELATAN - Seorang tekong dan tiga awak-awak dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki karam di Pulau Kendi Tengah di sini jam 12.50 tengah hari tadi.

Bot fiber tersebut dipercayai karam pada kedudukan 14.3 batu nautika Barat Pulau Kendi di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu merupakan nelayan dari Pangkalan Sungai Udang.

Menurutnya, sebelum kejadian, salah seorang daripada mangsa telah meminta bantuan daripada adiknya melalui aplikasi WeChat.

"Bot dinaiki mangsa, Beh Poh Keat iaitu tekong bot berusia 49 tahun bersama anaknya, Beh Jong Liang, 23, serta dua awak-awak warga tempatan yang tidak dikenal pasti identiti. Mereka dipercayai dipukul ombak kuat sebelum karam.

"Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh APMM dan Pasukan Polis Marin. MRSC (Maritime Rescue Sub Centre) Langkawi juga telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian. Turut membantu, lima bot nelayan dari Sungai Udang," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan maklumat terkini berkenaan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: