X

Kindly register in order to view this article
!

Pemancing tercampak keluar bot ditemukan lemas

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A

KUANTAN - Pemancing yang didakwa tercampak keluar dari sebuah bot fiber di perairan Pulau Layak di Rompin sejak malam Selasa lalu ditemukan lemas petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, mayat Md Fadhil Hanafi Chik, 29, dari Endau, Johor ditemukan sekitar jam 4 petang kira-kira satu batu nautika dari lokasi mangsa tercampak keluar.

“Mayat mangsa ditemukan terapung oleh abang mangsa yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bersambung pagi ini,” menurutnya dalam kenyataan media di sini.

Beliau berkata, operasi SAR itu melibatkan 53 pegawai dan anggota serta sembilan bot, antaranya milik APMM, polis dan bomba selain dibantu nelayan tempatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Md Fadhil Hanafi dikatakan keluar memancing bersama rakannya, Suhardi Sumarno, 39, pada Selasa lalu sebelum mereka tercampak keluar apabila bot itu berpusing beberapa kali selepas enjinnya dihidupkan.

Suhardi dalam keterangannya kepada polis berkata, dia berjaya berenang ke pantai Pulau Layak sebelum diselamatkan bot APMM yang membuat rondaan di kawasan pantai pagi semalam. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pemancing dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!