Rais, Sheikh Radzi bakal angkat sumpah sebagai senator

Dr Rais Yatim dan Sheikh Radzi Sheikh Ahmad
Dr Rais Yatim dan Sheikh Radzi Sheikh Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Sheikh Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan menjadi antara lima senator baharu yang akan mengangkat sumpah jawatan pada Selasa depan.

Menurut laporan sebuah portal, perkara itu telah disahkan oleh Presiden Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Terdahulu senarai senator yang akan dilantik itu telah tersebar dalam kalangan ahli politik.

Menurut senarai itu, tiga yang lain itu adalah Naib Presiden Pas Idris Ahmad, Ketua Dewan Penyokong Pas (DHPP) N Balasubramaniam dan bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Kelima-lima mereka adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesemua mereka dijadual mengangkat sumpah jawatan pada jam 10 pagi, 16 Jun ini.

Dalam masa sama, menurut laporan itu Vigneswaran turut memberitahu bahawa empat lagi senator akan dilantik pada Isnin, 22 Jun ini.

Walau bagaimanapun, nama-nama senator yang bakal dilantik itu tidak didedahkan.

Artikel Berkaitan: