Disneyland California bakal dibuka semula bulan depan

Disneyland di California, Amerika Syarikat (AS)
Disneyland di California, Amerika Syarikat (AS)
A
A
A

LOS ANGELES - Disneyland di California, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk membuka semula taman tema itu secara bertahap mulai Julai, lapor agensi berita Xinhua.

Rancangan itu masih menunggu persetujuan pihak berkuasa negeri, Disneyland Park dan Disney California Adventure Park dijadual dibuka semula 17 Julai.

Selepas dibuka semula, jumlah pengunjung taman tema, hotel, restoran dan lokasi lain di Disneyland Resort mungkin terhad, kata Disney dalam satu kenyataan pada Rabu.

Taman tema terletak di Anaheim, California itu ditutup sejak pertengahan Mac berikutan penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: