Lelaki ditahan ceroboh hutan simpan kekal

Jabatan Perhutanan Perak menyita motosikal milik suspek yang menceroboh hutan simpan kekal di Taiping.
Jabatan Perhutanan Perak menyita motosikal milik suspek yang menceroboh hutan simpan kekal di Taiping.
A
A
A

TAIPING - Jabatan Perhutanan Perak menahan seorang lelaki selepas didapati menceroboh Kompartmen 37, Hutan Simpan Bukit Larut di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada media, pasukan penguatkuasaan menjalankan kerja-kerja semakan dan risikan selepas menerima aduan berkaitan pencerobohan tanah tersebut.

Menurutnya, suspek ditahan dalam kompartmen tersebut ketika menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian dan perkebunan.

“Kawasan pencerobohan itu pernah dijalankan aktiviti penguatkuasaan dan diletakkan notis larangan memasuki hutan simpan pada 23 Mac lalu.

“Suspek masih tidak mengendahkan notis larangan tersebut dan terus menjalankan aktiviti pertanian dan kawasan Hutan Simpan Kekal itu,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, pihaknya menyita sebuah motosikal jenis Honda EX5, sebilah parang dan sabit dipercayai digunakan bagi tujuan pertanian.

Katanya, kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 81(e) Akta Perhutanan Negara 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: