Bomba selamatkan kucing terperangkap atas bumbung

Anggota bomba membawa turun seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung bangunan kedai dua tingkat di Taman Scientex hari ini.
Anggota bomba membawa turun seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung bangunan kedai dua tingkat di Taman Scientex hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap dua hari di atas bumbung bangunan kedai dua tingkat di Taman Scientex di sini pagi tadi.

Ketua Operasi BBP Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrudin Saari berkata, enam anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 pagi.

"Anggota menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kucing itu sudah dua hari tidak dapat turun dari atas bumbung bangunan kedai dua tingkat tersebut.

"Anggota bomba berjaya menurunkan kucing itu dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 9.08 pagi," katanya hari ini.

Artikel Berkaitan: