Bangladesh enggan terima Rohingya ditahan di Malaysia

Sebahagian 269 PATI etnik Rohingya yang ditahan cuba menceroboh perairan Langkawi baru-baru ini.
Sebahagian 269 PATI etnik Rohingya yang ditahan cuba menceroboh perairan Langkawi baru-baru ini.
A
A
A

DHAKA - Bangladesh semalam berkata pihaknya menolak untuk menerima semula 269 pelarian Rohingya yang ditahan pihak berkuasa Malaysia.

"Bangladesh tidak akan menerimanya. Bangladesh tidak mempunyai kewajipan atau berada dalam posisi untuk menerima pelarian Rohingya lagi," kata Menteri Luar, AK Abdul Momen kepada agensi berita Anadolu.

Pihak berkuasa Malaysia pada Isnin menahan 269 pelarian Rohingya dan turut menemukan mayat di atas bot yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.

Tambah beliau, Rohingya bukan warga Bangladesh, mereka penduduk Myanmar.

Beliau menyeru negara-negara lain turut sama menerima pelarian Rohingya dan beban itu bukan hanya perlu ditanggung Bangladesh sendirian.

"Kita mengalu-alukan negara lain mengambil mereka dan memindahkan 1.1 juta Rohingya yang kini berlindung sementara di Bangladesh," kata Momen.

ARTIKEL BERKAITAN: 269 warga Rohingya ditahan, satu mayat ditemukan dalam bot

Pelarian Rohingya ceroboh Langkawi akan ditempatkan di negara ketiga

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dua lagi pelarian Rohingya di kem sementara di Cox's Bazar meninggal dunia semalam akibat koronavirus (Covid-19), sehingga kini seramai tiga orang telah maut.

"Hari ini (Selasa), dua lagi kematian dan enam kes dilaporkan. Jumlah pelarian yang dijangkiti ialah 35 orang," kata seorang pegawai, Mahbub Alam Talukder.

Beliau berkata, lebih 20,000 Rohingya dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang berlindung di khemah yang sama. - Bernama