X

Kindly register in order to view this article
!

Pendakwa raya digesa buat rayuan kes Musa Aman

Faiz Fadzil
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Nasional (Amanah), Faiz Fadzil menggesa pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman atas 46 kes pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, rayuan tersebut wajar dibuat memandangkan pertuduhan dikenakan terhadap Musa melibatkan jumlah wang yang besar selain membabitkan kes kepentingan awam.

Menurutnya, walaupun salah seorang peguam bela Musa mendakwa wang tersebut sebagai dana politik dan ia bukanlah kesalahan, namun Mahkamah Persekutuan dalam kes bekas Menteri Besar Selangor memutuskan sumbangan untuk tabung UMNO Selangor sebagai rasuah.

“Di samping itu, Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 mentafsirkan derma sebagai suapan.

"Oleh kerana pertuduhan terhadap Musa belum diputuskan atas merit, maka adalah lebih adil dan wajar keputusan itu dirayu supaya pendakwaan boleh dikaji semula jika perlu dan sesuai,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Musa daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram kontrak konsesi balak di Sabah.

Ia berikutan pihak pendakwaan menarik balik 16 pertuduhan pengubahan wang haram dan 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan, Musa syukur dapat keadilan

Afidavit Gani Patail antara faktor pertuduhan Musa Aman ditarik balik


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!