Keputusan dimuktamadkan seminggu lagi: PH

Dr Mahathir keluar dari Ibu Pejabat PKR pada jam 6.15 petang setelah lebih tiga jam bermesyuarat bersama pemimpin PH yang lain.
Dr Mahathir keluar dari Ibu Pejabat PKR pada jam 6.15 petang setelah lebih tiga jam bermesyuarat bersama pemimpin PH yang lain.
A
A
A

PETALING JAYA - Lebih tiga jam bermesyuarat, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) hanya bertindak 'kunci mulut' ketika diasak media sebaik keluar dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar kira-kira jam 6.15 petang disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu dalam satu kenyataan PH berkata, proses memuktamadkan segala keputusan akan dibuat dalam masa seminggu.

"Pimpinan PH telah mengadakan mesyuarat bersama Dr Mahathir dan Shafie hari ini yang dipengerusikan oleh Anwar.

"Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

"Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama ditandatangani oleh Anwar dari PKR; Mohamad Sabu dari Parti Amanah Negara (Amanah); Lim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP); Dr Mahathir dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terdahulu mesyuarat berkenaan berlangsung sejak jam 3 petang lagi.

Artikel Berkaitan:

Pertemuan itu dikatakan bagi memuktamadkan usaha PH mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional.