Persib Bandung kunci mulut status Safawi

Safawi
Safawi
A
A
A

NAMA penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang harum subur dalam saingan Liga Thailand dikhabarkan mendapat perhatian kelab Liga Indonesia, Persib Bandung Bermartabat (PBB).

Bintang juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini dipinjamkan Harimau Selatan kepada The Dragons kini mula bermain di bibir Pangeran Biru kelab dari Indonesia.

Bagaimanapun Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.

"Tunggu sahaja pengumumannya," kata Teddy Tjahjono dipetik portal media negara itu ketika mengulas desas-desus perkhabaran mengenai pemain Harimau Malaya tersebut.

Biarpun begitu Teddy Tjahjono juga meminta semua pihak khasnya penyokong-penyokong Pangeran Biru bersabar serta tidak terpengaruh dengan desa-desus tersebut.

"Enggak tau (jadi bidikan Persib), ditunggu saja. Rumor-rumor yang kurang jelas. Nanti kalau salah gimana," tegasnya ketika ditanya sama pemain dari Terengganu tersebut akan menyarung jersi kelab Bandung tersebut musim depan.