X

Kindly register in order to view this article
!

Musa Aman lepas dan bebas

MUSA AMAN
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Ketika pengurusan kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, selain mendapat maklumat terbaharu, pihaknya juga menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya menarik balik 16 pertuduhan pengubahan wang haram dan 35 pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadap pemimpin UMNO tersebut.

“Pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan pemimpin tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan, Musa syukur dapat keadilan

Sementara itu, peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa memohon agar anak guamnya dibebaskan sepenuhnya dan tidak dikaitkan dengan tuduhan tersebut.

“Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa Hong Kong (ICAC) mendapati Musa tidak melakukan kesalahan.

“Ia diperakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail turut menyatakan perkara sama dalam afidavit yang difailkan oleh pihak pembelaan sebelum ini,” katanya.

Bagi kes rasuah, Musa, 69, selaku kakitangan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dituduh atas 30 pertuduhan menerima rasuah daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta.

Beliau yang merupakan Ketua Menteri Sabah dari 2003 hingga 2018 itu juga berdepan 16 pertuduhan lain iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!