Richard, Tommy diminta letak jawatan

Razali Idris
Razali Idris
A
A
A

MARANG - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas diminta melepaskan jawatan selepas kredibiliti badan kehakiman dan sistem keadilan negara didakwa tercalar.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata, penyebaran klip video membabitkan pengamal undang-undang tertinggi itu tidak boleh dianggap sebagai isu bangsa dan agama.

“Tindakan oleh ketua jabatan tertinggi badan kehakiman dan Jabatan Peguam Negara itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ramai beranggapan majlis tari menari itu isu biasa kerana bersempena Majlis Makan Malam Gala pengamal undang-undang tetapi pembabitan mereka tidak disenangi seluruh pimpinan parti akar umbi,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, beliau menghadiri program Bicara Profesional sempena Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) negeri di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di sini, hari ini.

Perasmian Bicara Profesional itu disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Razali yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika mengulas penularan klip video yang memaparkan Richard dan Tommy sedang rancak menari yang viral sejak Ahad lalu.

“Richard dan Tommy dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela kerana kelakuannya itu memalukan kepemimpinan negara Malaysia Baharu.

Artikel Berkaitan:

“Peletakan jawatan secara sukarela oleh dua ketua jawatan tertinggi dalam kerajaan itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam,” katanya.