Rakyat disaran muat turun aplikasi MySejahtera

Ismail Sabri - Foto fail Bernama
Ismail Sabri - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menyarankan orang ramai memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aplikasi itu juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti serta memaklumkan kepada kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam masyarakat.

“Kerajaan juga akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebelum ini.

“Ini bagi menggalakkan orang ramai memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: