Jantina 'isteri' terbongkar

Paparan Instagram tular di laman sosial.
Paparan Instagram tular di laman sosial.
A
A
A

LOMBOK - Seorang lelaki menjadi mangsa penipuan setelah berkahwin dengan dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Foto dan video di Instagram mengenai pasangan pengantin baharu itu tular hingga menjadi bualan hangat penduduk, lapor Tribun News

Menurut akaun Instagram tersebut, pengantin lelaki melaporkan kes itu ke Balai Polis Kediri, sebelum kes itu kemudiannya dipindahkan ke Balai Polis Lombok Barat.

Pada entri itu, gambar pasangan pengantin selepas akad nikah dimuat naik namun wajah pengantin 'wanita' dilindungi.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kejadian itu.

Menurut Sandiarsa, pengantin lelaki, Muh, 31, menjadi mangsa penipuan Mit Alias Sup, 25, iaitu pengantin perempuan yang kemudian diketahui lelaki.

Mit adalah warganegara Pejeruk, Ampenan, Mataram.

"Mereka mengenali di laman sosial dan bercinta, akhirnya mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Pendedahan mengenai jantina Mit terbongkar selepas Muh mahu melakukan hubungan kelamin malam pertama namun terkejut 'isteri' menolak dan melarikan diri dari rumah.

"Curiga melihat tindakan itu, akhirnya Muh menyelidik latar belakang dan terkejut mengetahui isterinya adalah lelaki," katanya.