Lampard mahu tambah pemain baharu

Frank Lampard
Frank Lampard
A
A
A

CHELSEA mengakhiri penggantungan pembelian pemain yang dikenakan apabila agresif melakukan pembelian pemain baharu bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Kelab milik jutawan Rusia, Roman Abramovich dilaporkan masih mempunyai dana pembelian pemain yang mencukupi walaupun situasi pandemik (koronavirus) Covid-19 belum berakhir selepas disekat membeli pemain pada musim 2019/20.

Kelab London itu sebelum ini sudah merekrut tonggak Mahgribi, Hakim Ziyech dari Ajax Amsterdam dengan harga 40 juta Euro (RM179 juta) pada Februari lalu.

Terbaharu skuad kendalian Frank Lampard itu bakal menandatangani penyerang RB Leipzig, Timo Werner selama lima tahun dengan gaji 200,000 pound (RM1.08 juta), minggu depan

Biarpun begitu pemburuan pemain baharu tidak berakhir apabila Lampard masih berhasrat mendapatkan tiga lagi pemain bagi memperkuatkan jentera kelab berkenaan.

Menurut The Guardian, tonggak Leicester City, Ben Chilwell adalah antara pilihan pengendali berusia 41 tahun itu bagi menggantikan Marcos Alonso dengan perbincangan kedua-dua pihak dilaporkan sedang berlangsung.

Selain itu, Lampard sedang mengintai khidmat mendapatkan bekas pemain Bournemouth, Nathan Ake yang berasal dari Belanda.

Seorang lagi pemain yang menjadi sasaran bekas pemain Chelsea itu adalah Brentford, Said Benrahma bagi digandingkan dengan Christian Pulisic.

Artikel Berkaitan:

Pemain dari Algeria itu dijangka menggantikan Pedro yang dijangka mengakhiri kontrak di Stamford Bridge pada 30 Jun ini.