SPRM rampas RM600,000 di rumah ahli Armada

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai yang dipercayai disalah guna berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memetik laporan The Star, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan dibuat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Hasil soal siasat dilakukan, kami pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan dilakukan menemui wang tunai berjumlah RM600,000 di dua lokasi terbabit," katanya semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Ahli Armada ditahan kes kehilangan wang Syed Saddiq

Norazlan berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah guna.

Terdahulu, SPRM memulakan siasatan berhubung kehilangan sejumlah wang kira-kira RM250,000 dari rumah Syed Saddiq.

Susulan itu, Syed Saddiq telah membuat laporan polis pada 29 Mac, dengan mengatakan bahawa wang itu disimpan di peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: