Empat pemandu mabuk ditahan

Polis melaksanakan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
Polis melaksanakan Op Alkohol di sekitar daerah Petaling Jaya, malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Empat lelaki dikesan memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi Op Alkohol di sekitar daerah ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bermula jam 11 malam sehingga jam 3 pagi itu bertindak memeriksa seramai 280 pengguna jalan raya.

"Hasil operasi telah menahan empat lelaki berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Operasi ini dilaksanakan bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, pada masa sama pihaknya mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Dalam kes berlainan, polis berjaya memberkas tujuh lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi di sebuah premis di Tropicana Grande, di sini, semalam.

"Kesemua suspek berusia 16 hingga 53 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang selain rampasan pelbagai barang seperti kerusi, televisyen, tilam, telefon bimbit serta sofa.

"Suspek telah direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: