Kelab penyokong desak segera lantik Presiden KFA

Masih belum ada tanda-tanda kongres luar biasa (EGM) diadakan untuk melantik pengganti Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah selepas Mukhriz melepaskan jawatan hampir tiga minggu lalu.
Masih belum ada tanda-tanda kongres luar biasa (EGM) diadakan untuk melantik pengganti Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah selepas Mukhriz melepaskan jawatan hampir tiga minggu lalu.
A
A
A

HAMPIR tiga minggu Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), namun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda badan induk itu akan mengadakan kongres luar biasa (EGM) untuk melantik penggantinya.

Pengerusi Kelab Penyokong Red Eagle Frenz Kedah (REFK), Mohd Azmi Abdullah berkata, peminat dan penyokong bola sepak di negeri itu tertanya-tanya siapakah pengganti Mukhriz kerana kekosongan di kerusi panas tersebut akan menyaksikan kemelut yang dihadapi KFA akan terus berpanjangan.

Menurut Mohd Azmi, masalah yang sedang dihadapi oleh badan induk bola sepak Kedah itu tidak boleh dibiarkan lama kerana akan membuatkan para pemain dan juga penyokong hilang keyakinan.

“Peneraju KFA perlu dilantik secepat mungkin dalam EGM KFA 2020 bagi mengembalikan semula keyakinan pemain dan juga penyokong pasukan Lang Merah.

“REFK sendiri mengharapkan Majlis Eksekutif KFA akan bermesyuarat dan mempercepatkan perkara ini kerana Liga Super 2020 juga dijangka kembali bersambung selepas ini.

“Penyokong mengharapkan kemelut yang sedang melanda KFA dapat segera diselesaikan bagi mengembalikan keyakinan pemain untuk mengharungi baki saingan liga,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azmi Abdullah
Mohd Azmi Abdullah

Perkara sama turut disuarakan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah yang berharap KFA menyegerakan kongres tersebut bagi meredakan ketegangan dalam persatuan itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau percaya sekiranya kemelut seperti itu dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan kebajikan setiap pemain terutamanya akan terabai selepas tidak mendapat gaji yang dipercayai tertunggak sejak Februari lalu.

“Selain pelantikan Presiden KFA, jawatan Setiausaha Kehormat yang dikosongkan oleh Mohd Asmirul Anuar Aris juga perlu diisi segera.

"Dua kedudukan yang dikosongkan ini adalah begitu penting bagi menggerakkan persatuan ini dan ia perlu disi dengan segera,” katanya.

Nor Asmadi Hamzah
Nor Asmadi Hamzah