X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu mabuk perlu dihukum penjara mandatori: KPN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Abdul Hamid simbolik penyerahan kenderaan peronda baharu PDRM hari ini. Foto: Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol perlu dikenakan hukuman setimpal seperti penjara mandatori, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, hukuman sedemikian perlu dilaksanakan kerajaan kerana ia adalah lebih berkesan untuk mengekang pemanduan mabuk di negara ini.

“Sekarang ini masyarakat kita telah sedar bahawa isu pemandu mabuk ini sudah menjadi bermusim dan semakin serius.

“Oleh itu, saya akan menyokong apa sahaja tindakan undang-undang yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis penyerahan kereta peronda baharu Polis Diraja Malaysia di Kompleks KDN di sini hari ini.

ABDUL HAMID
ABDUL HAMID

Abdul Hamid berharap, kerajaan dapat meminda undang-undang sedia ada untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang disabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada 30 Mei lepas, Bernama melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias pada Rabu berkata, sejumlah 22 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilapor dalam tempoh lima bulan tahun ini dan dalam tempoh itu juga seramai 822 orang ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus