KRT Banggol Perdana tawar barangan keperluan murah kepada penduduk

Nor Alam (kiri) menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan hasil keuntungan jualan kedai serbaneka KRT Banggol Perdana.
Nor Alam (kiri) menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan hasil keuntungan jualan kedai serbaneka KRT Banggol Perdana.
A
A
A

PASIR MAS - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bangggol Perdana mewujudkan sebuah kedai serbaneka yang menawarkan barangan keperluan harian pada pada harga lebih murah kepada 1,000 penduduk di sini.

Pengerusinya, Noralam Majid berkata, kewujudan premis itu tepat pada masanya ketika masyarakat setempat sedang berdepan ujian penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) selain perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung ketika ini.

"Penularan Covid-19 menyebabkan punca pendapatan penduduk kampung yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, petani dan tukang rumah serta buruh terjejas teruk.

"Bertitik tolak dari itulah, KRT Banggol Perdana sepakat mewujudkan kedai serbaneka dengan menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan pada harga yang lebih murah berbanding kedai runcit biasa," katanya kepada Sinar Harian di Kampung Banggol Perdana di sini hari ini.

Menurutnya, penawaran harga murah itu bagi memastikan penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai petani, penoreh, dan buruh tidak terbeban untuk berbelanja.

Katanya, lebih menarik lagi hasil keuntungan pembelian yang dilakukan oleh penduduk setempat disalurkan semula kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Noralam berkata, bantuan kepada golongan kurang berkemampuan itu merupakan tanda terima kasih pihak KRT Banggol Perdana di atas sokongan yang diberikan menerusi pembelian barangan keperluan di premis berkenaan.

"Bukan itu sahaja kami juga membantu mereka untuk tidak keluar berbelanja jauh daripada kawasan kediaman dan mengelak risiko penularan wabak," katanya.

Artikel Berkaitan: