Marzuki, Akramsyah dipecat daripada jawatan Bersatu

Dalam surat pemecatan Marzuki, dinyatakan bahawa Marzuki diberhentikan dari menjawat jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang.
Dalam surat pemecatan Marzuki, dinyatakan bahawa Marzuki diberhentikan dari menjawat jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat daripada menjawat jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta selepas Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat pemimpin parti itu digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu baru-baru ini.

Kedua-duanya ialah Senator Datuk Marzuki Yahya yang dipecat daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang dan Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu (lantikan).

AKRAMSYAH
AKRAMSYAH

Surat pemecatan bertarikh 2 Jun itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, surat tidak menjelaskan sebab pemecatan keahlian dua ahli tersebut.

Minggu lalu, Dr Mahathir bersama empat yang lain iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan keahlian Bersatu.

MARZUKI
MARZUKI

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu dan ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa tindakan Muhammad Suhaimi memecat beliau dan empat lagi pemimpin lain daripada parti itu adalah tidak sah malah mendakwa beliau masih lagi menjawat tugas sebagai Pengerusi Bersatu.

Menurutnya, beliau hairan dengan tindakan Suhaimi yang bertindak di luar Perlembagaan parti dan mempunyai lebih banyak kuasa berbanding pengerusi parti.