Shafie Apdal mahu PPM Sabah beri khidmat terbaik kepada semua rakyat

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di negeri ini bekerja untuk rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, kepercayaan dan fahaman politik.

Beliau berkata, semua PPM yang telah dilantik juga perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjalankan tugas dengan penuh etika serta sentiasa merujuk kepada pemimpin atasan.

"Sebagai mata dan telinga kepada rakyat, PPM perlu bekerja tanpa mengira kaum, kepercayaan dan juga fahaman politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Shafie menyaksikan majlis mengangkat sumpah tiga PPM dilantik iaitu Ahmad Abidin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung; Nixboy Piunin (DUN Melalap); dan Johney Joanis (DUN Tambunan).

Majlis itu diadakan secara ringkas di pejabat ketua menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: