Lelaki Pakistan sanggup kahwini wanita separuh abad

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Lelaki warga Pakistan berusia 20 hingga 30-an dilihat sanggup berkahwin dengan wanita tempatan walaupun berusia lebih separuh abad.

Namun hakikatnya cara itu digunakan bagi mendapatkan 'lesen' untuk tinggal dan berada lebih lama di Malaysia kerana berniat untuk meraih keuntungan dengan mudah melalui perniagaan dijalankan.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid berkata, situasi itu turut berlaku di Kelantan dan seramai 400 pasangan warga Pakistan dikesan berkahwin dengan wanita tempatan di negeri ini.

“Untuk tahun lepas sahaja sebanyak 10 hingga 15 kes dibatalkan permit selepas kita mengesan warga Pakistan itu tidak tinggal dengan isteri dan hanya berkahwin untuk tujuan tertentu. Kebanyakannya berniaga kedai runcit serta menjual karpet dan kehadiran mereka dilihat semakin ramai.

“Jadi, kita sering lakukan pemeriksaan di tempat tinggal dan di premis perniagaan bagi mengenal pasti sama ada mereka berkahwin dan tinggal secara sah dengan isteri mereka atau sebaliknya hanya tujuan kahwin untuk menetap lebih lama di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Setia Berjasa di Depot Tahanan Imigresen, Tanah Merah di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya juga turut menjalankan pemantauan di tiga pintu masuk di Kelantan iaitu Rantau Panjang, Tumpat dan Jeli dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan warga asing ke negeri ini.

Artikel Berkaitan: