Luluskan peruntukan RM1.5 juta dulu

Mohd Asmirul Anuar
Mohd Asmirul Anuar
A
A
A

"Tunggakan hutang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah perkara biasa. Kami telah mempunyai perancangan untuk menyelesaikannya tetapi tiba-tiba kerajaan negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijatuhkan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri."

Demikian tegas bekas Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris ketika diminta mengulas mengenai beban hutang yang ditanggung KFA ketika ini sehingga masih gagal melunaskan gaji kepada skuad Lang Merah sejak Februari lalu.

Menurutnya, Mukhriz yang sebelum ini menerajui KFA sentiasa mengutamakan kebajikan pemain-pemain Lang Merah termasuk berusaha meluluskan bayaran tunggakan RM1.5 juta sebelum peralihan kerajaan negeri Kedah berlaku pada pertengahan bulan lalu.

"Kami sebagai kerajaan negeri pada waktu itu ada strategi untuk menyelesaikan masalah hutang tersebut selepas ancaman pandemik Covid-19 semakin berkurangan.

"Sebaliknya, pemerintahan kerajaan negeri dirampas. Mereka (kerajaan negeri baharu Kedah) sebagai kerajaan perlu selesaikan masalah. Sepatutnya luluskan peruntukan RM1.5 juta dulu untuk tunggakan gaji pemain dan bukannya persoalkannya.

Mohd Asmirul berkata, isu tunggakan hutang berjuta-juta ringgit bukanlah isu besar, sebaliknya cara untuk menguruskannya yang perlu diberikan keutamaan.

"Semasa kami mengambil alih KFA daripada Datuk Seri Bashah Ahmad Hanipah sebelum ini pun mempunyai masalah yang sama tetapi kami tidak bising, sebaliknya berusaha untuk menyelesaikannya," jelasnya.

Artikel Berkaitan: