Kerajaan kena ada sikap perikemanusian

Kayveas cuba menarik tali generator untuk memghidupkan elektrik di rumah salah seorang penduduk Kg Mawar Tepian Desa, Remy disebabkan tiada bekalan elektrik di Kampung tersebut. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Kayveas cuba menarik tali generator untuk memghidupkan elektrik di rumah salah seorang penduduk Kg Mawar Tepian Desa, Remy disebabkan tiada bekalan elektrik di Kampung tersebut. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Kerajaan Negeri dan Persekutuan digesa mengambil serius tuntutan penduduk Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa di Kampung Raja yang masih tiada bekalan eletrik dan air bersih.

Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas berkata, kerajaan perlu ada sikap perikemanusian walaupun penempatan di situ didirikan secara tidak sah.

"Walaupun tak dapat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tapi ada keluarga yang mempunyai anak-anak dan warga emas. Mereka ini mesti jadi tanggungjawab kerajaan Negeri dan Pusat," katanya kepada media semasa kunjungan ke kampung itu semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Orang Asli pun ada elektrik tapi kami...]

Katanya, beliau pernah membawa isu tersebut semasa dalam BN tetapi diberi amaran supaya tidak masuk campur.

"Oleh kerana saya bukan wakil rakyat, saya tak boleh suara kepada umum. Wakil rakyat akan marah dan kata saya nak ganggu dia punya kuasa.

"Bila ada PRU kita mesti bawa isu ini melalui saluran tertentu. Tetapi saya diminta supaya tidak sentuh isu kampung ini," dakwanya.

Menurut beliau, baik kerajaan Negeri mahupun Pusat patut mengambil peluang menyelesaikan isu kampung ini dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan:

“Gunakan peluang ini untuk bantu penduduk. Jika saya berpeluang menjadi calon, saya sendiri akan perjuangkan isu ini.

“Saya akan terus berkerja di Cameron Highlands walaupun tidak berpeluang menjadi calon wakil rakyat di sini," katanya.