Pemandu mabuk: KPKT timbang cadangan beku lesen jual arak

Zuraida membantu seorang penjual roti canai, Mohammad Amirul Abd Latif, 25, dalam lawatannya ke Gerai Rakyat di pekan Langkap di sini hari ini.
Zuraida membantu seorang penjual roti canai, Mohammad Amirul Abd Latif, 25, dalam lawatannya ke Gerai Rakyat di pekan Langkap di sini hari ini.
A
A
A

TELUK INTAN - Cadangan membekukan lesen baharu penjualan arak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dilihat secara menyeluruh termasuk mengambil kira statistik kes jenayah dan kemalangan disebabkan pemandu mabuk.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan tidak boleh bersikap membuta tuli dalam membuat sebarang undang-undang berkaitan itu dengan hanya berdasarkan kes yang berlaku secara adhoc.

"Kuasa kerajaan pusat adalah bidang kuasa panduan dan PBT juga ada bidang kuasa masing-masing, jadi kita kena lihat statistik secara keseluruhannya bukan membuta tuli saja buat undang-undang 'based on one adhoc basis', kita di pihak kerajaan harus memikirkan tindakan akan datang.

"Sekarang ada beberapa perkara harus ditangani mengenai arak, satu daripadanya dari segi undang-undang penguatkuasaan hukuman, itu yang harus dikaji semula.

"Keduanya, undang-undang melibatkan Kementerian Pengangkutan yang mana sebahagiannya bersangkut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ini juga harus dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak naik taraf Gerai Rakyat di pekan Langkap di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, kementerian bersedia menimbang cadangan berkenaan seperti diutarakan pelbagai pihak susulan berlakunya kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk.

"Buat masa ini cadangan adalah tertumpu hukuman kepada pesalah, namun di peringkat akan datang, kita akan melihat perkara ini.

"Untuk mengatakan bahawa kita nak 'banned' semua berkaitan penjualan arak, ia masih lagi dalam semakan dan penelitian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan' Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesen baharu jual arak wajar dibeku

Sementara itu, Zuraida menggesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku pihak penguat kuasa mengambil tindakan segera terhadap kejadian hakisan tanah di Taman Silibin Indah, Ipoh bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.

"Dalam hal-hal tertentu, masalah pemilikan tanah sama ada tanah persendirian atau kerajaan negeri menjadi kekangan untuk tindakan lanjut diambil.

"Prosedur operasi standard (SOP) biasa bagi masalah pembinaan cerun adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), tetapi PBT sebagai penguat kuasa yang jaga kawasan perlu ambil tindakan secara teliti dan buat semakan semula," katanya.

Dalam laporan Sinar Harian, semalam 10 penduduk Taman Silibin Indah yang terjejas mengharapkan kerajaan mengambil tindakan tanpa memilih kasih selepas mendakwa tiada tindakan susulan dilakukan sejak berlakunya hakisan tanah, 14 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan rumah di Taman Silibin Indah diancam hakisan tanah

Jangan pilih kasih isu hakisan tanah

Mereka menyifatkan layanan diberikan tidak seperti diterima penduduk di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor apabila masalah dihadapi diselesaikan segera apabila agensi dan menteri turun padang.