Panik nampak penguat kuasa, lori dipandu terbabas

Keadaan lori dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa MPS yang membuat rondaan di hotspot sampah haram di Sungai Pusu hari ini.
Keadaan lori dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa MPS yang membuat rondaan di hotspot sampah haram di Sungai Pusu hari ini.
A
A
A

SELAYANG - Seorang pemandu lori terbabas dan kenderaannya hampir terbalik sebaik melihat penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tiba di lokasi pembuangan sampah haram di Kampung Sungai Pusu hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori terbabit dipercayai baru sahaja membuat pembuangan sampah haram di kawasan itu dan cuba melarikan diri daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, sebanyak tiga lori dikesan menjadikan tapak itu sebagai lokasi pembuangan sampah haram dalam rondaan penguatkuasaan di lokasi tersebut hari ini.

"MPS mengeluarkan kompaun, RM1,000 kepada pemilik lori selain kenderaan itu disita dan maklumat pemandu lori direkodkan.

"Tindakan ini di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPS (2007)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara lori yang dikesan di tapak sampah haram di Sungai Pusu hari ini.
Antara lori yang dikesan di tapak sampah haram di Sungai Pusu hari ini.

Katanya, sebuah lori turut ditahan di Jalan Ulu Yam selepas dikesan membuat pembuangan sampah haram di kawasan itu dan dikenakan tindakan sama.

Beliau berkata, satu laporan polis akan dibuat untuk memastikan individu dan syarikat terlibat dikenakan tindakan selanjutnya di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"MPS tegas dalam isu pembuangan sampah haram dan menjalankan pemantauan rapi terutama di kawasan 'hotspot' yang dikenal pasti," katanya.

Katanya, MPS mengalu-alkan maklumat daripada orang awam dan aduan boleh dibuat menerusi 1800222677.

Lokasi tapak sampah haram di Sungai Pusu.
Lokasi tapak sampah haram di Sungai Pusu.