X

Kindly register in order to view this article
!

15 remaja ditahan tunggang motosikal secara berbahaya

Antara remaja yang ditahan polis dari IPD Petaling Jaya, semalam.
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan 15 remaja kerana disyaki menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan perumahan di Kampung Tunku, Sungai Way semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua remaja lelaki berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 6.45 petang.

“Polis memeriksa 11 buah motosikal pelbagai jenis dan sebanyak 27 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee berkata, ibu bapa atau penjaga remaja tersebut telah dipanggil ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Polis akan melaksanakan pelbagai operasi secara berterusan di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya bagi mencegah dan membanteras kesalahan jenayah dan lalu lintas,” katanya.

Dalam kes berasingan Nik Ezanee berkata, pihaknya juga berjaya menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di Taman Puchong Utama pada jam 3.20 petang pada hari yang sama.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah jenayah di sebuah syarikat penjualan ubat-ubatan di Petaling Jaya.

"Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sejak tahun lalu melibatkan kerugian RM700,000.

“Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!