Polis kesan saksi penting kes samun

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting dalam kes samun melibatkan tiga penjenayah ketika membuat urusan jual beli telefon bimbit di sini, 20 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lin Wye Lip, 19, alamat terakhir adalah di Ipoh, Perak.

“Individu itu gagal dikesan untuk tampil di Mahkamah Kajang. Sehubungan itu, kita memerlukan orang ramai membantu pihak polis mengesan lelaki tersebut,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, suspek telah melarikan dokumen peribadi, dua buah telefon bimbit dan juga wang tunai.

Mohd Zaid berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Kertas siasatan telah dirujuk dan telah mendapat arahan mendakwa suspek di mahkamah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis atau individu berkenaan berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034.

Artikel Berkaitan: