X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Terengganu pertimbang lebih banyak masjid dibuka untuk solat Jumaat

Mohd Nor Hamzah
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu dijangka membenarkan lebih banyak masjid mengadakan solat Jumaat dalam masa terdekat, berbanding hanya lapan masjid ketika ini.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, keputusan muktamad tentang perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta persetujuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

"Buat masa ini kita masih berbincang dengan Pejabat Mufti, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan beberapa jabatan berkepentingan lain bagi memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Bagi peringkat kedua ini, kita akan beri ruang kepada lebih banyak masjid dengan mendahulukan masjid mukim dengan bilangan lebih 100 masjid di seluruh Terengganu," katanya selepas membuat lawatan kerja sempena Hari Wartawan Nasional di pejabat-pejabat media perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, bilangan jumlah jemaah mungkin masih dihadkan kepada 40 orang, berbanding hanya 12 orang jemaah di negeri lain.

Katanya, kebenaran untuk solat berjemaah di masjid dan surau juga turut dipertimbangkan.

"Kebenaran ini kita terpaksa buat secara berperingkat dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

"Kita perlu perhalusi semua sudut sebelum kebenaran dibuat kerana dibimbangi umat Islam akan berpusu-pusu ke masjid memandangkan sudah agak lama merindui suasana untuk solat berjemaah di masjid,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!