Sewa homestay sambut hari jadi rakan!

Mereka mengaku menyewa kondominium tersebut untuk mengadakan sambutan hari lahir rakan mereka.
Mereka mengaku menyewa kondominium tersebut untuk mengadakan sambutan hari lahir rakan mereka.
A
A
A

BUTTERWORTH - Tindakan seramai 14 individu termasuk seorang wanita yang menyewa homestay semata-mata untuk menyambut hari lahir mengundang padah apabila mereka ditahan di sebuah kondominium di Jalan Harbour Place, Kampung Bagan Dalam di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua yang ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU ketika penugasan Ops Covid pada jam 12.05 tengah malam tadi berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun.

"Kita menahan 14 individu termasuk seorang wanita yang sedang leka menyertai parti sambutan hari lahir salah seorang daripada mereka. Mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila berkumpul dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Kesemua mereka mengaku datang dari alamat berbeza iaitu bukan dari keluarga yang sama untuk sambutan hari lahir salah seorang daripada mereka. Mereka mengaku menyewa kondominium tersebut semata-mata untuk tujuan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Seramai 14 individu yang ditahan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKPB tengah malam tadi.
Seramai 14 individu yang ditahan dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKPB tengah malam tadi.

Tambahnya, hasil pemeriksaan pada badan kesemua tangkapan dan kondominium tersebut tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang.

"Mereka yang ditahan dibawa ke IPD SPU untuk dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

"Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 kerana terlibat dalam perhimpunan untuk tujuan bersosial," katanya.

Artikel Berkaitan: