Isham Jalil Ketua Penerangan BN Selangor baharu

Isham memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Isham memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor baharu.

Isham yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini berkata, pemimpin BN Selangor melantik beliau menjawat jawatan itu menerusi penyerahan surat lantikan.

Menurutnya, pelantikan itu diterimanya dengan hati terbuka dan disifatkan sebagai satu amanah serta kepercayaan yang diletakkan kepimpinan BN Selangor dalam memikul tanggungjawab demi memperjuangkan rakyat dan negara.

"Dengan izin ALLAH saya akan melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan amanah, ikhlas dan sepenuh hati," katanya.

Isham turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi BN Selangor diterajui Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi MCA dan MIC Selangor serta ahli UMNO Bahagian Sungai Buloh dan UMNO Cawangan Pekan Sungai Pelong, Paya Jaras.

"Tidak lupa juga kepada keluarga, sahabat dan pemimpin-pemimpin yang saya hormati yang telah banyak memberikan dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk ajar dalam politik kepada saya selama ini terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Artikel Berkaitan: