Selangor salur bantuan kebajikan bekas perajurit

Mohd Khairuddin (empat dari kanan) bersama bekas perajurit pada Majlis Penghargaan Bekas Perajurit Peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Banquet, Kelab Rahman Putra pada Ahad.
Mohd Khairuddin (empat dari kanan) bersama bekas perajurit pada Majlis Penghargaan Bekas Perajurit Peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Banquet, Kelab Rahman Putra pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan RM25,000 bagi membantu kebajikan bekas perajurit negara.

Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia membabitkan sumbangan RM20,000 kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh dan RM5,000 kepada Badan Kebajikan Isteri Bekas Perajurit (SURI).

Menurutnya, peruntukan kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh meningkat sebanyak sekali ganda berbanding RM10,000 pada tahun lepas.

"Inisiatif kerajaan negeri adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas jasa dan bakti menjaga keamanan negara.

"Ia sekali gus meraikan para bekas perajurit yang menetap di bawah persatuan Badan Kebajian Bekas Perajurit Sungai Buloh," katanya pada Majlis Penghargaan Bekas Perajurit Peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Banquet, Kelab Rahman Putra di sini pada Ahad.

Beliau berkata, penganjuran program ini diharapkan dapat membudayakan semangat saling membantu dan mengeratkan ukhwah antara kerajaan negeri dengan masyarakat setempat khususnya bekas perajurit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!