Pas Sik dakwa difitnah

Mohamad Subky (kanan) ketika membuat laporan polis di Balai Polis Sik semalam.
Mohamad Subky (kanan) ketika membuat laporan polis di Balai Polis Sik semalam.
A
A
A

SIK - Pas Kawasan Sik membuat laporan polis ke atas seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan bersifat serangan peribadi dengan tujuan memfitnah.

Ketua Penerangan Pas Sik, Mohamad Subky Sulaiman berkata, kenyataan itu mengaitkan dirinya, ahli jawatankuasa (AJK) Pas dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

"Perbuatan itu serangan peribadi terhadap Muhammad Sanusi dengan tujuan memburuk dan memfitnah beliau sebagai broker balak iaitu seorang yang tidak berintegriti dan melangkaui undang-undang ketika menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 2008 hingga 2013.

"Kenyataan bekas Ketua Amanah Sik itu menggambarkan seolah-olah AJK Pas Kawasan Sik sedang bermusuhan akibat isu balak.," katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sik kira-kira jam 4 petang semalam supaya polis menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdul Razak Osman mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

Artikel Berkaitan: