Badan hak asasi manusia digesa nyatakan bantahan pada China
SHAH ALAM - Badan-badan hak asasi manusia di Malaysia dan antarabangsa digesa menyatakan bantahan kepada kerajaan China ekoran penindasan etnik Uighur di negara itu.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, ini penting kerana hanya dengan cara itu penindasan terhadap etnik berkenaan dapat dihentikan.
"Etnik Uighur memerlukan sokongan dan tekanan dari masyarakat antarabangsa terhadap China untuk menghentikan penindasan yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang tindakan Abim membantu penindasan terhadap etnik berkenaan.
Dalam pada itu, Mohamad Raimi berkata, Abim sedia bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia untuk menggerakkan kempen membela nasib etnik itu ke seluruh egara.
"Kita akan bertindak menyuarakan keperihatinan rakyat Malaysia kepada China," katanya.
Serdahulu, Sinar Harian melaporkan, Global Peace Mission (GPM) Malaysia kini giat menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membuka mata masyarakat dunia agar sama-sama berjuang untuk masyarakat Uighur.