Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: Lima kawasan masih zon merah

Infografik mengenai jumlah pecahan kes Covid-19 mengikut daerah, zon dan presint.
Infografik mengenai jumlah pecahan kes Covid-19 mengikut daerah, zon dan presint.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima daerah masih dikategorikan sebagai zon merah bagi penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara dengan jumlah kes aktif melebihi 41 kes.

Lima daerah berkenaan adalah tiga di Kuala Lumpur iaitu Bukit Jalil, ibu kota dan Pudu dan masing-masing satu di Rembau, Negeri Sembilan dan Hulu Langat, Selangor.

Menerusi perkongsian infografik oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bukit Jalil merekodkan kes aktif tertinggi iaitu sebanyak 284 kes.

Peningkatan ketara jumlah kes aktif di zon Bukit Jalil itu berikutan peningkatan kes positif melibatkan pendatang tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu kini berada dalam kategori negeri zon hijau.

Terengganu semalam diisytiharkan bebas Covid-19 dan dikategorikan sebagai negeri zon hijau wabak penyakit berjangkit itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus dilaporkan berkata, ia susulan perkembangan semasa dan pesakit terakhir positif Covid-19 di Terengganu sudah pun discaj dari hospital, Rabu lalu.

Artikel Berkaitan: