Sultan Nazrin hadir jamuan malam Jelajah Trofi Piala Dunia Ragbi 2019

Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tiga, kiri) yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) berkenan bergambar bersama Trofi Piala Dunia Ragbi 2019 (Piala Webb Ellis) pada Majlis Makan Malam Jelajah Malaysia Trofi Piala Dunia Ragbi 2019 malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah malam ini berkenan berangkat ke jamuan malam sempena siri Jelajah Trofi Piala Dunia Ragbi 2019 (Piala Webb Ellis) di sebuah hotel, di sini.

Baginda, yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), tiba pada jam 8.30 malam diiringi Presiden MRU, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Trofi ragbi paling berprestij itu tiba di Malaysia semalam.

Piala Dunia Ragbi 2019 akan berlangsung di Jepun dari 20 September hingga 2 November ini.

Semasa siri jelajah dua hari ke Malaysia, peminat ragbi akan dapat melihat trofi dan merakamkan gambar di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, dari jam 10 pagi hingga 4 petang esok sempena Karnival Milo-Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP).

Pada Isnin, trofi tersebut akan dipamerkan di KLCC mulai jam 9.30 pagi hingga 11 pagi, Dataran Putrajaya (2.30 petang hingga 3.30 petang) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11, Putrajaya dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Malaysia merupakan persinggahan ke-12 buat piala ragbi paling berprestij itu sebelum meneruskan siri jelajah ke Jerman pada 24 Januari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: