Mohd Redzuan masih kuarantin, nafi sebarang sidang akhbar khas

Keratan berita hari ini.
Keratan berita hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menafikan sebarang sidang akhbar khas melibatkan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang tidak dinamakan, pihaknya mengambil serius berhubung penularan berita tersebut.

"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak Pejabat Menteri.

"Hal ini kerana Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak agar sentiasa menjaga penjarakan sosial demi untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Dua pemimpin Bersatu buat sidang akhbar cetus kontroversi

Terdahulu, Sinar Harian telah dimaklumkan oleh pegawai Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah itu akan mengadakan satu sidang akhbar khas.

Turut sama dalam sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading daripada Bersatu.

Menurut jemputan yang diterima oleh pihak media, ia akan diadakan di Aras 8, Bilik Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ibu Pejabat Bersatu yang terletak di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar sidang akhbar tersebut, namun berdasarkan laporan sebuah portal SuaraTV, seorang menteri dijangka mengumumkan meletak jawatan.

Sumber portal itu mendakwa perletakan jawatan tersebut disebabkan krisis yang melanda Bersatu.