Pinjam motosikal rakan, tertukar motosikal lain

Seorang pengendali Facebook memuat naik status berhubung kejadian dua motosikal jenis Yamaha Ego tertukar antara satu sama lain di sebuah bengkel motosikal di Pekan Tanjong Karang.
Seorang pengendali Facebook memuat naik status berhubung kejadian dua motosikal jenis Yamaha Ego tertukar antara satu sama lain di sebuah bengkel motosikal di Pekan Tanjong Karang.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seorang penjual ikan tidak menyangka motosikal yang dipinjam daripada rakannya rupanya tertukar dengan motosikal lain ketika dia berada di sebuah bengkel motosikal di Pekan Tanjong Karang di sini semalam.

Muhammad Naim Mat Adnin, 27, berkata, kejadian jam 6.15 petang itu berlaku ketika dia menunggang motosikal jenis Yamaha Ego untuk membeli alat ganti motosikalnya yang sedang dibaiki.

Menurutnya, sejurus keluar dari bengkel motosikal itu, dia tidak menyedari menunggang motosikal lain.

"Kesilapan tertukar motosikal berlaku kerana warna dan jenis model yang sama dan kebetulan masing-masing meninggalkan kunci pada motosikal tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Naim berkata, dia sempat mengisi minyak motosikal terbabit sebelum menyerahkannya semula kepada rakannya di sebuah lagi bengkel motosikal di Kampung Sungai Tengi Kiri.

"Saya menyedari motosikal itu tertukar selepas dihubungi rakan yang ingin pulang ke rumah dari bengkel itu pada jam 4 pagi," katanya.

Katanya, dia kemudian terus ke bengkel motosikal Pekan Tanjong Karang yang dikunjunginya sebelum ini dan dimaklumkan tertukar dengan sebuah motosikal 'runner' (penghantar barang) di bengkel terbabit.

"Mulanya saya cemas juga sebab tertukar motosikal, namun Alhamdulilah semuanya dipermudah ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini tular di Facebook berhubung kejadian dua motosikal jenis Yamaha Ego tertukar antara satu sama lain di sebuah bengkel motosikal di Pekan Tanjong Karang.

Seorang pengendali Facebook yang memuat naik status itu menerima pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook lain.