21 dikompaun langgar PKPB di Nilai

Mohd Noor Marzukee (tengah) semasa membuat pemantauan di Sekatan Jalan Raya sekitar Nilai.
Mohd Noor Marzukee (tengah) semasa membuat pemantauan di Sekatan Jalan Raya sekitar Nilai.
A
A
A

NILAI - Seramai 21 individu dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Nilai sepanjang tempoh empat hari bermula 1 Syawal lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Noor Marzukee Besar berkata, daripada jumlah itu, 16 individu telah dikompaun atas kesalahan cubaan merentas negeri tanpa surat kebenaran.

"Melalui sekatan jalan raya yang dilakukan di Mantin dan Pajam, kita berjaya memintas 16 kenderaan yang cuba melakukan rentas negeri melalui Nilai.

"Mereka dikompaun kerana gagal menunjukkan surat kebenaran merentas negeri selain memberi alasan yang tidak munasabah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, seramai 15 warga Myanmar turut dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan berkumpul beramai-ramai melakukan aktiviti riadah yang ketikan ini masih tidak dibenarkan kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan di semua kawasan bagi memastikan tiada pihak yang melanggar arahan PKPB.

Artikel Berkaitan: