Bale terkilan tindakan penyokong Real Madrid

Gareth Bale
Gareth Bale
A
A
A

GARETH Bale terkilan dengan tindakan berterusan penyokong Real Madrid yang mencemuh namanya semasa beraksi sehingga mengikis keyakinan tonggak Los Blancos itu.

Menurut pemain berusia 30 tahun itu, status pemain bertaraf bintang sememangnya memberikan tekanan, namun tidak menjangka tekanan cukup tinggi setiap kali beraksi di Bernabeu.

“Secara jujur saya tidak menjangkakan pemain berstatus bintang seperti saya akan dicemuh oleh penyokong Real Madrid.

“Saya disorak 80,000 penonton di Santiago Bernabeu kerana tidak mempamerkan corak permainan yang bagus dan ia telah beberapa kali berlaku.

“Situasi ini bukanlah sesuatu yang sihat kepada pemain kerana secara tidak langsung mengikis keyakinan pemain dalam memberikan aksi terbaik di padang,” katanya.

Tonggak kebangsaan Wales itu sejak menyertai gergasi La Liga pada 2013 sering menjadi sasaran cemuhan penyokong Real Madrid.

Ketika ditanya faktor menyebabkan penyokong Los Blancos bertindak sedemikian, Bale berkata, dia tidak mempunyai jawapan kepada tindakan agresif itu.

“Ini adalah persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini kerana pengalaman saya sekiranya prestasi pemain itu tidak bagus di padang menjadi tanggungjawab penyokong memberikan semangat menaikkan semangat pemain,” katanya.

Artikel Berkaitan: