Penduduk Yogyakarta lebih erat selepas gempa bumi

Tugu peringatan gempa bumi Yogyakarta 27 Mei 2006. - Foto Kompas
Tugu peringatan gempa bumi Yogyakarta 27 Mei 2006. - Foto Kompas
A
A
A

YOGYAKARTA - Hari ini genap 14 tahun, peristiwa gempa bumi berukuran 5.9 skala richter yang berlaku di Yogyakarta dan sekitarnya pada tahun 2006.

Bencana alam kedua terbesar selepas tsunami di Aceh 2004 mengorbankan 170,000 orang, lapor Kompas.

Seorang sukarelawan Pengakap Bantul Riza Mardjuki dari penduduk Daerah Pleret, mengimbas kembali peristiwa bersejarah itu.

Katanya, ketika kejadian beliau berada di rumah rakannya selepas membuat persembahan teater di daerah Sewon.

"Semasa gempa, saya sedang tidur tapi terkejut terdengar suara orang menangis dan menjerit, terus saya keluar dari bilik, lihat serpihan bumbung bertaburan.

"Saya juga mengalami luka pada dahi kerana terkena serpihan bumbung yang terjatuh akibat gegaran," katanya.

Jelasnya, melihat keadaan mayat bergelimpangan di pejabat Palang Merah Indonesia (PMI) membuatkan dirinya terpaku.

"Suasana pejabat itu berbeza, dipenuhi ramai orang yang mengalami luka, mayat sana sini. Rumah penduduk juga banyak runtuh...," katanya.

Artikel Berkaitan:

Namun pengalaman gempa bumi 14 tahun lalu mengajarnya erti saling bantu membantu dan bangkit bersama.

"Telah terbukti bahawa penduduk di sini dapat bangkit dari bencana," kata Riza.

Ketua Dusun Bibis, Desa Timbulharjo, daerah Sewon, Irvan Muhamad berkata, sejak peristiwa itu masyarakat dapat bangkit untuk menghadapi kehidupan seterusnya.

"Pada masa itu masyarakat sedih, rumah yang sepatutnya dijadikan tempat perlindungan musnah bahkan menyebabkan kematian ahli keluarga.

"Namun saya berharap pengalaman gempa bumi 2006 membuatkan masyarakat dapat meningkatkan amalan gotong-royong sesama rakyat dan mengeratkan lagi persaudaraan anak bangsa," katanya.