Pilihan Malaysia ketika krisis AS, China

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KETIKA Amerika Syarikat (AS) dan China saling berbalah antara satu sama lain, negara lain di seluruh dunia harus memilih antara dua negara tersebut. Antara kekuatan ketenteraan AS dan pengaruh ekonomi China – pilihan yang menarik negara-negara tidak bersekutu ke arah yang berbeza.

Pilihan ini perlu dilakukan terutamanya bagi negara ASEAN yang terperangkap dalam impian China terhadap persempadanan Laut China Selatan dan cengkaman lemah AS terhadap hegemoni global.

Dan Malaysia harus menghadapinya dua kali ganda, sebagai antara penerima terbesar pelaburan luar China, tetapi mempunyai kerangka politik yang serasi dengan Barat.

Tidak seperti kes India dan Pakistan – yang meletakkan kita dalam situasi tidak senang dengan pentadbiran Modi, kes AS dan China ini bukannya satu kes mudah bagi kita.